Monday, September 14, 2009

USRAH MURABBI- Muwasofat Tarbiyah 2

Siri Muwasofat Tarbiyyah 2

سليم العقيدة
AQIDAH YANG SEJAHTERA

Memperkukuhkan Tiga Landasan Utama Dalam Aqidah


ذاق طعم اللايمان من رضي بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد نبيا ورسول

رواه مسلم عن العباس بن عبد المطالب

"Telah merasai lazatnya iman, orang yang redho bahawa Allah sebagai rabb ,
Islam sebagai din dan Muhammad sebagai rasul ".



HIKMAT TARBAWIYYAH

1. Kelazatan iman hanya dapat dirasa apabila seseorang itu benar-benar telah menjadikan dan merasai Allah Ta'ala sebagai Penciptanya dari setitis air yang hina, juga Pentadbirnya yang mengatur dan menentukan qadha dan qadarnya, juga sebagai Pendidiknya dalam memberi hidayah dan petunjuk ke jalanNya yang lurus sehingga
benar-benar keredhaan Allah Ta'ala menjadi matlamat hidupnya.


2. Kelazatan iman juga hanya dapat dirasai apabila seseorang itu dapat merasai Islam sebagai din iaitu cara hidupnya. Islam mengatur kehidupan dunia sehingga akhirat. Islam mengatur cara dan gaya hidupnya sejak celik mata di pagi hari sehingga tutup mata di malam hari untuk tidur kembali.

Sehingga tidak ada 'kekosongan' dalam hidupnya melainkan semuanya dicorak oleh cara hidup Islam. Dan sudah pasti kemuncak dari itu...Islam menjadi perjuangan hidupnya demi kesenangan di dalam kehidupan akhirat.


3. Iman juga hanya dapat dirasai kelazatannya apabila seseorang itu menjadikan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai rasul utusan Allah kepada manusia untuk diyakini ajaran-ajarannya, agar diikuti cara hidupnya dan dijadikan pimpinan yang dipatuhi seluruh arahannya.



Wallahu a'lam

ABi

USRAH MURABBI- Muwasofat Tarbiyah 1

Siri Muwasofat Tarbiyyah 1

سليم العقيدة
AQIDAH YANG SEJAHTERA

Mempertahankan Aqidah Sehingga Akhir Hayat



من مات لا يشرك بالله شيئا دخل الجنة

رواه أحمد عن ابن مسعود

“Barangsiapa mati dalam keadaan tidak menyenkutukan Allah dengan sesuatu pun, maka ia akan masuk syurga”



HIKMAH TARBAWIYYAH

1. “Barangsiapa mati”..menunjukkan suatu pesanan agar kita meraih husnul khatimah dan menghindari diri dari su’ul khatimah ketika kematian datang menjemput kita.

2. “..mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah..” ini mengisyaratkan kita agar menjadikan kehidupan kita jauh dari segala unsur kesyirikan. Juga kita mestilah sentiasa dalam keadaan bertaubat supaya jika kematian datang maka kita bersih dari kotoran dosa.

3. "...tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun..” Syirik besar menggugurkan iman dan syirik kecil mengurangkan kesempurnaan iman. Maka jauhilah ia sekuasamu.

4. "..Maka ia akan masuk syurga..”. Inilah harapan dan cita-cita setiap muslim mukmin. Tidak ada yang lain diharapkan di penghujung perjalanan hidup melainkan kesenangan di syurga yang abadi.




Wallahu a’lam
ABi

DUAT...SATU MUHASABAH

Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.

Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..?

Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...

Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan ( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..

Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..

ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..


ABi
http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/


Sedikit perkongsian untuk sahabat, semoga kita semua terus thabat dalam perjuangan Islam dan sama2 muhasabah balik amalan kita, gerak kerja kita, dan seluruh hidup kita.

Sunday, August 9, 2009

PROMO PROGRAM SAMBUTAN BULAN PEMBANGUNAN INSAN (BPI)


SAMBUTAN BULAN PEMBANGUNAN INSAN (BPI)
SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS
IPGM KAMPUS ILMU KHAS 50 TAHUN
7 OGOS 2009-11 SEPTEMBER 2009








AKTIVITI /TARIKH

1. PERTANDINGAN MENULIS KHAT (7 OGOS 2009)
2. PERTANDINGAN MELUKIS POSTER (MORAL) (7 OGOS 2009)
3. PENCARIAN NISA’ ANIQAT (7 OGOS 2009)
4. MINI FORUM MORAL (7 OGOS 2009)
5. MAJLIS KHATAM AL-QURAN, DOA SELAMAT DAN SOLAT HAJAT (13 OGOS 2009)
6. BACAAN YASSIN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA (11 SEPTEMBER 2009)
7. FORUM PERDANA ELWAL ISLAM (14 OKTOBER 2009)


ANJURAN BERSAMA : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM), JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR & PERSATUAN GURU PELATIH ISLAM (PGPI).

Tuesday, August 4, 2009

MUDAHNYA MENCARI ISTERI SOLEHAH (^___^)



“Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.

“Macam cari gagak putih,” tambahnya.

“Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.



“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.

“Belum lagi….”

“Kenapa?” dia pula tersenyum.

“Belum dapat yng solehah?” saya terus mengusik.



“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni.”

“Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.

“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”.

“Kalau tak jumpa, macam mana?”

“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”

“Apa syaratnya?”

“Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat….”

“Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.



UKUR TAKWA



“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.

“Macam mana pula nak ukur takwa tu?”tanya saya.

“Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!”

“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.



ADA CARA LAIN



“Saya tak paham. Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?”

“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita”.

“Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi”

“Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain.”



LEBIH TEPAT



“Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah.”



TERLALU IDEAL



“Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?”

“Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”

“Ok gak tu!Serampang dua mata,”katanya.

“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”

“Maksudnya?”

“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”



MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN



“Boleh lebih kurang lah ni ye?”

“Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.”

“Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?”

“Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita….”

“Oh saya faham”

“ Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!”

“Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”

“Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri.”




http://nuqaba-ipgm-kba.blogspot.com/



REFLEKSI :

1- Interesting! Nak cakap soal taqwa..?? Pergh..ALLAH je Yg Maha Tahu! But, sbg hamba, stil KEEP WORKING!!

2- Even artikel ni is for d'muslimeen, but actually muslimah can take it as our guide too. Nak cari yang soleh, mesti usaha 2be d'solehah 1st. =) Bukan mudah, tapi niat utama mesti coz of MardhatilLAH...bkn habuan dunia yang kita harap-harapkan.

3- Bear in mind, setiap apa yang telah, sedang, dan akan taqdirkan utk kita, semua itu adalah YANG TERBAIK untuk kita. Memanglah adakalanya kita nampak yang kita ni serba kekurangan, x mcm d'other person, but...sebab ALLAH AMAT2 TAHU n FAHAM bahawa itulah yang paling sesuai dengan tahap keupayaan kita (sbg hamba yg lemah)ni..dats y ALLAH gives us that fate! So, jaga2 dgn perkara ini, takut aqidah kita terpesong if ada rasa x puas hati dgn taqdirNYA ini.

Tindakan yang boleh dilakukan sekarang ialah, BERSYUKUR, BUAT YANG TERBAIK, & BERBAHAGIALAH...!! =)--> insyaALLAH, DIA akan sediakan taqdir yang lebih baik 4us...TOMORROW!!



Allahua'lam...sekadar berkongsi secebis rasa.

Mukhlisah Mutmainnah,
(MANTAN NAIB PENGERUSI BIRO KEROHANIAN JPP)
SKPK Kuantan,
2nd Praktikum,
3.05pm

Saturday, August 1, 2009

5 PERKARA PATUT DISEBUT SELALU...


Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

* Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

* Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

* Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

* Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

* Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

KISAH RAJA DAN PENGAMPU YANG MUNAFIK : SAMA2 KITA RENUNGKAN...


Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat.

Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya.

Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan."

Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."




MORAL & IKTIBAR

* Seorang pemimpin yang benar-benar sedar tentang peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sentiasa berusaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Mereka bersedia menerima teguran membina daripada rakyat-rakyat dan orang bawahannya meskipun pahit didengar. Sebaliknya mereka benci kepada orang-orang yang suka mengampu dan memujinya tanpa hak.
* Mereka yang Allah kehendaki menjadi manusia yang baik rela mendengar pendapat dan kritikan orang lain terhadapnya.
* Bertuahlah sesebuah negara yang mempunyai umara' (raja) yang menghampiri ulama' dan binasalah sesebuah negara yang mana ulama'nya suka menghampiri umara'.
* Kata-kata yang ikhlas disukai Allah meskipun dibenci oleh semua manusia. Sebaliknya kata-kata yang tidak ikhlas dibenci Allah meskipun digemari oleh semua lapisan manusia.
* Carilah keredhaan Allah meskipun terpaksa berdepan dengan onak dan duri.
* Kebaikan sejati ialah berani berkata benar di depan pemerintah yang zalim.
* Pemerintah yang zalim suka mempunyai penasihat-penasihat yang berkata manis kepada dirinya walaupun tidak benar.
* Jauhi sifat munafik kerana ia ibarat musang berbulu ayam. Membiarkan si munafik bermaharajalela seolah-olah merosakkan keseluruhan mukabumi Allah ini dengan noda dan dosa.
* Allah membenci orang yang munafik. Oleh sebab itulah kedudukan orang munafik adalah paling hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya tetapi si-munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu adalah salah. Justeru, Allah meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah.
* Jangan menjadi pak turut sehingga menggelapkan kebenaran yang sepatutnya diperjuangkan. Apabila kezaliman telah memenuhi mukabumi, menjadi fardhu ain kepada setiap orang membuat REFORMASI bagi menegakkan keadilan.