Friday, December 18, 2009

Blog ini telah berpindah ke
Harap maklum.

ADMINS

Monday, November 30, 2009

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PGPI'08/09


MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PGPI

ini telah diadakan di Kafeteria IPGM Kampus Ilmu Khas

Tarikh:

6 Nov 2009

Antara agenda:
-pembubaran AJK sesi 2008/2009
-perlantikan AJK sesi 2009/2010

Sekalung tahniah kepada semua AJK sesi 2008/2009 yang telah berjaya menjalankan tugas dengan cemerlang!

Semoga AJK sesi 2009/2010 dapat terus memantapkan lagi syiar Islam di bumi IPGM IK dan memikul amanah yang telah diberikan dengan sebaiknya.







HIDUP INI INDAH...JIKA SEGALANYA KERANA ALLAH!

FOSTO...FOSTO!!

SALAM JUANG!


Pasca Mesyuarat Agung Tahunan PGPI IPGM-K.I.K 2009 yang telah berlangsung pada 6 Okt lepas telah memutuskan bahawa blog ini akan berpindah ke blog baru. Addressnya akan dimaklumkan sebaik sahaja ia dilancarkan...

Diharap para pengunjung sekalian dapat bersabar dan mendoakan usaha pembikinan blog baru berjalan lancar dan menambahkan lagi warna-warni usaha dakwah di alam maya. Insya-ALLAH!

Akhir kalam, cuti-cuti jugak...ajakan ISLAH dan DAKWAH jangan ditinggalkan ye, sahabat-sahabat...;)

Siru ala barakatilLAH...


-ADMIN-

Monday, September 28, 2009

KEMAHIRAN NUQABA': PENGENDALIAN USRAH YANG BERKESAN

Salam...

Artikel ini adalah sebagai pandun buat para nuqaba' dan tidak terkecuali jawatankuasa penggerak PGPI. boleh juga dimanfaatkan dalam mana-mana organisasi Islam yang menghidupkan usrah sebagai wasilah tarbiyah. WalLahua'lam.

SELAMAT BERUSRAH!!..


1.0 ULANGKAJI TENTANG USRAH

a. Kumpulan ukhuwwah.
b. Bukan majlis kuliah ilmu tetapi penuh dengan perkongsian ilmu dan pengalaman, imaniyyah, biah solehah dan penghayatan hidup Islam.
c. Bengkel latihan kemahiran berorganisasi dan kepimpinan

2.0 ASAS PENGETAHUAN


a. Bidang pencapaian ahli
- ilmu dan fikrah
- keperibadian
- komitmen


b. Usul tarbiyyah
- tarkiz tarbawi : ruh, aqal, hati dan nafsu

c. Usul dakwah

- maudhu’ (tajuk)
- da’ie (pendakwah/naqib)
- mad’u (penerima)
- uslub (pendekatan)
- wasilah

3.0 PERSEDIAAN


a. Persediaan ruh:

- qiyamullail pada hari usrah

- solat subuh berjamaah
- al ma’athurat dan rabithoh
- tilawah dan tadabbur al quran

b. Persediaan bahan usrah:



- ulangkaji bahan
- buat rujukan ayat-ayat al quran dan hadith-hadith
- buat rujukan buku-buku atau artikel yang berkaitan
- kenal pasti isi-isi penting

c. Persediaan pemfokusan dan pemberatan:


- kenal pasti isu organisasi semasa seperti gerakkerja, kepimpinan, keperibadian, komitmen dsb.
- kenal pasti fokus dan objektif usrah



4.0 ORGANISASI USRAH




a. Ketua
b. Pengerusi liqa’
c. Pembentang tajuk
d. Pengulas tajuk
e. Pengulas Isu
f. Pentazkirah


5.0 PENDEKATAN ( USLUB)



5.1 Ta’arif



- aras kesedaran ke aras kefahaman
- hikmah dan nasihat yang baik
- membudaya ilmu dan amal melalui aktiviti yang dirancang.
- 2 hala dan melatih tugasan
- 80% sentuhan naqib



5.2 Takwin

- aras kefahaman ke aras keyakinan
- tugasan lengkap
- audit kefahaman ahli
- audit keperibadian dari segi ibadah dan akhlak
- audit iltizam dari segi keterlibatan dalam taklifat
- 50-50




6.0 KEMAHIRAN PERIBADI ( PERSONAL SKILL)



6.1 Kemahiran mendengar
6.2 Kemahiran mempengaruhi
6.3 Kemahiran komunikasi
6.4 Kemahiran interaksi
6.5 Kemahiran interaktif
6.6 Kemahiran bahasa badan
6.7 Kemahiran psikologi



7.0 CIRI-CIRI USRAH YANG BERKESAN



7.1 Berusaha mencapai matlamat perjuangan organisasi.
7.2 Berusaha memenuhi keperluan
organisasi.
7.3 Berusaha mencapai objektif usrah menurut tuntutan organisasi


8.0 PENUTUP



Kelihatannya sukar untuk mencapai tahap berkesan bagi sesebuah usrah. Namun jika para nuqaba' berusaha dan berterusan dalam menimba pengalaman berusrah ianya akan tercapai melalui kesungguhan dan penghayatan nuqaba' dan juga ahli-ahli usrah. InsyaAllah.

Wallahu a'lam



ABi

Monday, September 14, 2009

USRAH MURABBI- Muwasofat Tarbiyah 2

Siri Muwasofat Tarbiyyah 2

سليم العقيدة
AQIDAH YANG SEJAHTERA

Memperkukuhkan Tiga Landasan Utama Dalam Aqidah


ذاق طعم اللايمان من رضي بالله ربا وبالاسلام دينا وبمحمد نبيا ورسول

رواه مسلم عن العباس بن عبد المطالب

"Telah merasai lazatnya iman, orang yang redho bahawa Allah sebagai rabb ,
Islam sebagai din dan Muhammad sebagai rasul ".



HIKMAT TARBAWIYYAH

1. Kelazatan iman hanya dapat dirasa apabila seseorang itu benar-benar telah menjadikan dan merasai Allah Ta'ala sebagai Penciptanya dari setitis air yang hina, juga Pentadbirnya yang mengatur dan menentukan qadha dan qadarnya, juga sebagai Pendidiknya dalam memberi hidayah dan petunjuk ke jalanNya yang lurus sehingga
benar-benar keredhaan Allah Ta'ala menjadi matlamat hidupnya.


2. Kelazatan iman juga hanya dapat dirasai apabila seseorang itu dapat merasai Islam sebagai din iaitu cara hidupnya. Islam mengatur kehidupan dunia sehingga akhirat. Islam mengatur cara dan gaya hidupnya sejak celik mata di pagi hari sehingga tutup mata di malam hari untuk tidur kembali.

Sehingga tidak ada 'kekosongan' dalam hidupnya melainkan semuanya dicorak oleh cara hidup Islam. Dan sudah pasti kemuncak dari itu...Islam menjadi perjuangan hidupnya demi kesenangan di dalam kehidupan akhirat.


3. Iman juga hanya dapat dirasai kelazatannya apabila seseorang itu menjadikan Nabi Muhammad S.A.W. sebagai rasul utusan Allah kepada manusia untuk diyakini ajaran-ajarannya, agar diikuti cara hidupnya dan dijadikan pimpinan yang dipatuhi seluruh arahannya.



Wallahu a'lam

ABi

USRAH MURABBI- Muwasofat Tarbiyah 1

Siri Muwasofat Tarbiyyah 1

سليم العقيدة
AQIDAH YANG SEJAHTERA

Mempertahankan Aqidah Sehingga Akhir Hayat



من مات لا يشرك بالله شيئا دخل الجنة

رواه أحمد عن ابن مسعود

“Barangsiapa mati dalam keadaan tidak menyenkutukan Allah dengan sesuatu pun, maka ia akan masuk syurga”



HIKMAH TARBAWIYYAH

1. “Barangsiapa mati”..menunjukkan suatu pesanan agar kita meraih husnul khatimah dan menghindari diri dari su’ul khatimah ketika kematian datang menjemput kita.

2. “..mati dalam keadaan tidak menyekutukan Allah..” ini mengisyaratkan kita agar menjadikan kehidupan kita jauh dari segala unsur kesyirikan. Juga kita mestilah sentiasa dalam keadaan bertaubat supaya jika kematian datang maka kita bersih dari kotoran dosa.

3. "...tidak menyekutukan Allah dengan sesuatu pun..” Syirik besar menggugurkan iman dan syirik kecil mengurangkan kesempurnaan iman. Maka jauhilah ia sekuasamu.

4. "..Maka ia akan masuk syurga..”. Inilah harapan dan cita-cita setiap muslim mukmin. Tidak ada yang lain diharapkan di penghujung perjalanan hidup melainkan kesenangan di syurga yang abadi.




Wallahu a’lam
ABi

DUAT...SATU MUHASABAH

Ada di kalangan abnaul jamaah..mengadu keresahan jiwanya..kekacauan hidupnya..masalah sering menekannya. Aktiviti jamaah tidak menenangkan jiwanya..akademik menjadi bebanan..jawatan menghantuinya.

Abi hanya menjawab..bagaimana tahajjudnya setiap malam..berapa masanya yang dia sediakan untuk menghadap Allah Ta'ala di waktu qiyamnya setiap malam..apakah seorang da'ie mujahid akan dialpai oleh Allah Azz wa Jalla bila di saat orang tidur sang dai'e merintih..merayu..mengadu padaNya..?

Bagaimana aurad qurannya..Al Waqi'ah..Al Mulk..Yaa Sin..semuanya surah-surah yang amat berkuasa membina kekuatan ruh..kekuatan iman..kekuatan keyakinan. Menghapuskan kotoran-kotoran dosa..menambahkan bekalan pahala yang mampu menaikkan darjah ketenangan dalam hati para dai'e ila Rabbil Jalil...

Bagaimana solatnya..yang mengandungi sentuhan-sentuhan ruhi ....unsur-unsur ta'abudan ( pengabdian ), tasliman ( penyerahan ), takhasyua'an ( khusyu'), tabazzulan ( kehinaan diri ), takhaddu'an ( kerendahan hati), tamalluqan(kerinduan)...yang sayugia membina jiwa hamba dalam diri para da'ie mujahid....Sering kali seseorang itu tidak menemui hatinya di dalam solat..sehingga solatnya tidak ada ruh yang dapat menghidupkan jiwanya..

Bagaimana wirid dan zikirnya..yang sepatutnya menghidupkan hati..menyalakan ingatan, kerinduan. keasyikan kepada Allah Rabbul Jalil...membuahkan kemulian..menumbuhkan sifat-sifat mahmudah..membersih dan menggilap dari noda dosa..

ABi sukar mempercayai ..seorang da'ie yang istiqamah dengan wasilah-wasilah tarbawi akan resah jiwanya..tertekan hidupnya..Oleh itu ya abnaie..muhasabah lah dirimu sebelum mu dimuhasabah di hadapan Tuhanmu..


ABi
http://takwinfardilmuslim.blogspot.com/


Sedikit perkongsian untuk sahabat, semoga kita semua terus thabat dalam perjuangan Islam dan sama2 muhasabah balik amalan kita, gerak kerja kita, dan seluruh hidup kita.

Sunday, August 9, 2009

PROMO PROGRAM SAMBUTAN BULAN PEMBANGUNAN INSAN (BPI)


SAMBUTAN BULAN PEMBANGUNAN INSAN (BPI)
SEMPENA SAMBUTAN JUBLI EMAS
IPGM KAMPUS ILMU KHAS 50 TAHUN
7 OGOS 2009-11 SEPTEMBER 2009








AKTIVITI /TARIKH

1. PERTANDINGAN MENULIS KHAT (7 OGOS 2009)
2. PERTANDINGAN MELUKIS POSTER (MORAL) (7 OGOS 2009)
3. PENCARIAN NISA’ ANIQAT (7 OGOS 2009)
4. MINI FORUM MORAL (7 OGOS 2009)
5. MAJLIS KHATAM AL-QURAN, DOA SELAMAT DAN SOLAT HAJAT (13 OGOS 2009)
6. BACAAN YASSIN DAN MAJLIS BERBUKA PUASA PERDANA (11 SEPTEMBER 2009)
7. FORUM PERDANA ELWAL ISLAM (14 OKTOBER 2009)


ANJURAN BERSAMA : JABATAN PENDIDIKAN ISLAM DAN MORAL (JAPIM), JAWATANKUASA PERWAKILAN PELAJAR & PERSATUAN GURU PELATIH ISLAM (PGPI).

Tuesday, August 4, 2009

MUDAHNYA MENCARI ISTERI SOLEHAH (^___^)



“Susah betul nak cari isteri solehah,” luah seorang pemuda selepas Seminar Keluarga Bahagia anjuran sebuah badan kebajikan.

“Macam cari gagak putih,” tambahnya.

“Memang dah hukum dunia, yang berharga itu susah nak dapat,” katanya lagi.Tunggu respon sayalah tu. Saya cuma tersenyum.



“Dah kahwin?” Akhirnya saya bertanya.

“Belum lagi….”

“Kenapa?” dia pula tersenyum.

“Belum dapat yng solehah?” saya terus mengusik.



“Saya dah 28 tahun.Sepatutnya umur 25 dah kahwin … Dah terlajak le ni.”

“Oh gitu ..... biar terlajak usia, jangan tersalah pilih!” usik saya lagi.

“Nak cari yang betul-betul solehah bukan senang”.

“Kalau tak jumpa, macam mana?”

“Tulah yang saya pening ni. Syarat-syarat saya ni susah sangat ke?”

“Apa syaratnya?”

“Syarat-syarat wanita solehah … mesti solat, taat ibu bapa, berakhlak, tutup aurat, pandai mengaji, puasa sunat….”

“Macam tu tak susahlah… ramai yang ada syarat-syarat macam tu,” balas saya.



UKUR TAKWA



“Tu yang lahiriah. Yang paling penting bertakwa,” katanya lagi.

“Macam mana pula nak ukur takwa tu?”tanya saya.

“Tu yang pening.Takwa tu dlm hati. Ni soal hati. Tapi apa boleh buat, saya nak jugak isteri solehah, isteri yg bertakwa!”

“Nak tak kalau saya bagi tips mudah, dapat isteri solehah?” pelawa saya.



ADA CARA LAIN



“Saya tak paham. Macam mana kita boleh nilai calon isteri tanpa menilai syarat-syaratnya. Itukan panduan daripada hadis?”

“Untuk dapat isteri solehah, jadikan diri kita dulu calon suami soleh …Cuba cari ciri-ciri suami soleh ….bina semua ciri tu dalam diri kita. Bina sahsiah, lahiriah seorang lelaki soleh kemudian muhasabah pula soal hati …. Ukur iman dan takwa kita”.

“Nak ukur iman & takwa kita …susah tu. Itu soal maknawi”

“Tapi,jauh lebih mudah dari nak ukur iman dan takwa orang lain.”



LEBIH TEPAT



“Semuanya terletak pada diri kita sendiri. Lebih cepat kita bina sifat-sifat lelaki soleh, tingkatkan iman dan takwa … lebih cerahlah peluang untuk dapat isteri solehah. Semuanya atas usaha kita sendiri. Sblm ni, kita bincang pasal menilai diri orang lain dulu.Tu yg kita silap. Bukankah Allah dah jamin, lelaki mukmin untuk wanita mukminat? Lelaki soleh jodohnya wanita solehah? Insya-Allah.”



TERLALU IDEAL



“Habis tu … saya kenalah berhenti cari wanita solehah sbb nak jadi lelaki soleh?”

“Tak gitu. Lebihkan nak jadi lelaki soleh sambil tu teruslah cari isteri solehah.”

“Ok gak tu!Serampang dua mata,”katanya.

“Satu lagi, berpada-padalah dengan piawai solehah awak tu. Jangan terlalu tinggi. Nanti tak tercapai. Cukuplah dgn tahap sederhana.”

“Maksudnya?”

“Jangan terlalu ideal menilai calon isteri sbb sifat-sifat solehah itu ‘on going process’(dibina secara berterusan) Mungkin sebelum kahwin tahapnya rendah sket, tapi dengan pimpinan suaminya nanti tahap solehahnya boleh diupgradekan lagi.”



MUDAH BUKAN UNTUK DIPERMUDAHKAN



“Boleh lebih kurang lah ni ye?”

“Salah tu …. Panduan dan ajaran islam mudah. Tapi bukan alasan untuk dipermudahkan.”

“Apa kaitannya dengan yg kita bincang skang ni?”

“Gini, awak mesti lebih ketat dlm menilai diri sdr. Jgn amik mudah soal iman & takwa diri sdr. Letakkan piawai tinggi utk diri sdr. Bukankah lelaki akan jadi pemimpin r/tangga? Penilaian calon isteri sepatutnya rendah sket … nanti senanglah nak bentuk bila dah jadi isteri kita….”

“Oh saya faham”

“ Bagus tu. Sayangnya kebanyakan lelaki menilai sebalikya … untuk dirinya dinilai dengan piawai soleh yg rendah. Tetapi utk calon isterinya dinilai dgn solehah yg tinggi. Itu silap!”

“Alhamdulillah… saya harap jodoh saya akan tiba nanti.”

“Amin …tamatkanlah penantian solehah itu dengan mempercepatkan pembinaan soleh diri.”




http://nuqaba-ipgm-kba.blogspot.com/



REFLEKSI :

1- Interesting! Nak cakap soal taqwa..?? Pergh..ALLAH je Yg Maha Tahu! But, sbg hamba, stil KEEP WORKING!!

2- Even artikel ni is for d'muslimeen, but actually muslimah can take it as our guide too. Nak cari yang soleh, mesti usaha 2be d'solehah 1st. =) Bukan mudah, tapi niat utama mesti coz of MardhatilLAH...bkn habuan dunia yang kita harap-harapkan.

3- Bear in mind, setiap apa yang telah, sedang, dan akan taqdirkan utk kita, semua itu adalah YANG TERBAIK untuk kita. Memanglah adakalanya kita nampak yang kita ni serba kekurangan, x mcm d'other person, but...sebab ALLAH AMAT2 TAHU n FAHAM bahawa itulah yang paling sesuai dengan tahap keupayaan kita (sbg hamba yg lemah)ni..dats y ALLAH gives us that fate! So, jaga2 dgn perkara ini, takut aqidah kita terpesong if ada rasa x puas hati dgn taqdirNYA ini.

Tindakan yang boleh dilakukan sekarang ialah, BERSYUKUR, BUAT YANG TERBAIK, & BERBAHAGIALAH...!! =)--> insyaALLAH, DIA akan sediakan taqdir yang lebih baik 4us...TOMORROW!!



Allahua'lam...sekadar berkongsi secebis rasa.

Mukhlisah Mutmainnah,
(MANTAN NAIB PENGERUSI BIRO KEROHANIAN JPP)
SKPK Kuantan,
2nd Praktikum,
3.05pm

Saturday, August 1, 2009

5 PERKARA PATUT DISEBUT SELALU...


Dalam sesi muzakarah kali ini, saya hendak menarik perhatian tentang 5 perkara yang patut disebut-sebut selalu untuk memberi kesedaran kepada kita sepanjang menjalani hidup ini.

Nabi Muhammad saw pernah mengingatkan umat-umatnya tentang kelima-lima perkara ini iaitu:

* Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk.

Sudah menjadi kebiasaan bagi kita menyebut atau memuji-muji orang yang berbuat baik kepada kita sehingga kadang-kadang kita terlupa hakikat bahawa terlampau banyak nikmat yang telah Allah berikan kepada kita. Lantaran itu, kita terlupa memuji dan menyebut-nyebut nama Allah. Makhluk yang berbuat baik sedikit kita puji habisan tapi nikmat yang terlalu banyak Allah berikan kita langsung tak ingat. Sebaik-baiknya elok dibasahi lidah kita dengan memuji Allah setiap ketika, bukan ucapan Al-hamdulillah hanya apabila sudah kekenyangan hingga sedawa. Pujian begini hanya di lidah saja tak menyelera hingga ke hati.

* Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut urusan dunia. Dunia terlalu sedikit dibandingkan dengan akhirat. 1000 tahun di dunia setimpal dengan ukuran masa sehari di akhirat. Betapa kecilnya nisbah umur di dunia ini berbanding akhirat. Nikmat dunia juga 1/100 daripada nikmat akhirat. Begitu juga seksa dan kepayahan hidup di dunia hanya 1/100 daripada akhirat. Hanya orang yang senteng fikiran sibuk memikirkan Wawasan Dunia (WD) hingga terlupa Wawasan Akhirat (WA). Manusia yang paling cerdik ialah mereka yang sibuk merancang Wawasan Akhiratnya. Saham Amanah Dunia (SAD) tak penting, tapi yang paling penting ialah Saham Amanah Akhirat (SAA) yang tak pernah rugi dan merudum malahan sentiasa naik berlipat kali ganda. Oleh itu perbanyakkanlah menyebut-nyebut perihal akhirat supaya timbul keghairahan menanam dan melabur saham akhirat.

* Perbanyakkan menyebut dan mengingat hal-hal kematian daripada hal-hal kehidupan. Kita sering memikirkan bekalan hidup ketika tua dan bersara tapi jarang memikirkan bekalan hidup semasa mati. Memikirkan mati adalah sunat kerana dengan berbuat demikian kita akan menginsafi diri dan kekurangan amalan yang perlu dibawa ke sana. Perjalanan yang jauh ke akhirat sudah tentu memerlukan bekalan yang amat banyak. Bekalan itu hendaklah dikumpulkan semasa hidup di dunia ini. Dunia ibarat kebun akhirat. Kalau tak usahakan kebun dunia ini masakan dapat mengutip hasilnya di akhirat? Dalam hubungan ini eloklah sikap Saidina Alli dicontohi. Meskipun sudah terjamin akan syurga, Saidina Ali masih mengeluh dengan hebat sekali tentang kurangnya amalan untuk dibawa ke akhirat yang jauh perjalanannya. Betapa pula dengan diri kita yang kerdil dan bergelumang dengan dosa?

* Jangan menyebut-nyebut kebaikan diri dan keluarga. Syaitan memang sentiasa hendak memerangkap diri kita dengan menyuruh atau membisikkan kepada diri kita supaya sentiasa mengingat atau menyebut-nyebut tentang kebaikan yang kita lakukan sama ada kepada diri sendiri, keluarga atau masyarakat amnya. Satu kebaikan yang kita buat, kita sebut-sebut selalu macam rasmi ayam 'bertelur sebiji riuh sekampung'. Kita terlupa bahawa dengan menyebut dan mengingat kebaikan kita itu sudah menimbulkan satu penyakit hati iaitu ujub. Penyakit ujub ini ibarat api dalam sekam boleh merosakkan pahala kebajikan yang kita buat. Lebih dahsyat lagi jika menimbulkan ria' atau bangga diri yang mana Allah telah memberi amaran sesiapa yang memakai sifatNya (ria') tidak akan mencium bau syurga. Ria' adalah satu unsur dari syirik (khafi). Oleh itu eloklah kita berhati-hati supaya menghindarkan diri daripada mengingat kebaikan diri kita kepada orang lain. Kita perlu sedar bahawa perbuatan buat baik yang ada pada diri kita itu sebenarnya datang dari Allah. Allah yang menyuruh kita buat baik. Jadi kita patut bersyukur kepada Allah kerana menjadikan kita orang baik, bukannya mendabik dada mengatakan kita orang baik. Kita terlupa kepda Allah yang mengurniakan kebaikan itu.

* Jangan sebut-sebut dan nampak-nampakkan keaiban atau keburukan diri orang lain. Kegelapan hati ditokok dengan rangsangan syaitan selalu menyebabkan diri kita menyebut-nyebut kesalahan dan kekurangan orang lain. Kita terdorong melihat keaiban orang sehingga terlupa melihat keaiban dan kekurangan diri kita sendiri. Bak kata orang tua-tua 'kuman seberang lautan nampak, tapi gajah di depan mata tak kelihatan'. Islam menuntut kita melihat kekurangan diri supaya dengan cara itu kita dapat memperbaiki kekurangan diri kita. Menuding jari mengatakan orang lain tak betul sebenarnya memberikan isyarat bahawa diri kita sendiri tidak betul. Ibarat menunjuk jari telunjuk kepada orang; satu jari arah ke orang itu tapi 4 lagi jari menuding ke arah diri kita. Bermakna bukan orang itu yang buruk, malahan diri kita lebih buruk daripadanya. Oleh sebab itu, biasakan diri kita melihat keburukan diri kita bukannya keburukan orang lain. Jangan menjaga tepi kain orang sedangkan tepi kain kita koyak rabak. Dalam Islam ada digariskan sikap positif yang perlu dihayati dalam hubungan sesama manusia iaitu lihatlah satu kebaikan yang ada pada diri seseorang, meskipun ada banyak kejahatan yang ada pada dirinya. Apabila melihat diri kita pula, lihatkan kejahatan yang ada pada diri kita walaupun kita pernah berbuat baik. Hanya dengan cara ini kita terselamat dari bisikan syaitan yang memang sentiasa mengatur perangkap untuk menjerumuskan kita ke dalam api neraka.

Demikian tazkirah minggu ini. Semoga 5 perkara yang disebutkan di atas dapat kita hayati dan diterapkan dalam kehidupan kita seharian. Sama-sama beroda semoga terselamat dari kemurkaan Allah semasa di dunia hingga ke akhirat. Amin...

KISAH RAJA DAN PENGAMPU YANG MUNAFIK : SAMA2 KITA RENUNGKAN...


Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya. Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerah dengan bintang-bintang kehormat.

Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balairong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya.

Akhirnya sampailah kepada giliran seorang memanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan."

Mendengar kata-kata memanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan. Memanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."




MORAL & IKTIBAR

* Seorang pemimpin yang benar-benar sedar tentang peranannya sebagai khalifah Allah di muka bumi ini sentiasa berusaha menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan. Mereka bersedia menerima teguran membina daripada rakyat-rakyat dan orang bawahannya meskipun pahit didengar. Sebaliknya mereka benci kepada orang-orang yang suka mengampu dan memujinya tanpa hak.
* Mereka yang Allah kehendaki menjadi manusia yang baik rela mendengar pendapat dan kritikan orang lain terhadapnya.
* Bertuahlah sesebuah negara yang mempunyai umara' (raja) yang menghampiri ulama' dan binasalah sesebuah negara yang mana ulama'nya suka menghampiri umara'.
* Kata-kata yang ikhlas disukai Allah meskipun dibenci oleh semua manusia. Sebaliknya kata-kata yang tidak ikhlas dibenci Allah meskipun digemari oleh semua lapisan manusia.
* Carilah keredhaan Allah meskipun terpaksa berdepan dengan onak dan duri.
* Kebaikan sejati ialah berani berkata benar di depan pemerintah yang zalim.
* Pemerintah yang zalim suka mempunyai penasihat-penasihat yang berkata manis kepada dirinya walaupun tidak benar.
* Jauhi sifat munafik kerana ia ibarat musang berbulu ayam. Membiarkan si munafik bermaharajalela seolah-olah merosakkan keseluruhan mukabumi Allah ini dengan noda dan dosa.
* Allah membenci orang yang munafik. Oleh sebab itulah kedudukan orang munafik adalah paling hina daripada orang kafir. Orang kafir jatuh kerana kejahilannya tetapi si-munafik berkata bohong sedangkan dia tahu itu adalah salah. Justeru, Allah meletakkan orang munafik di kerak neraka yang paling bawah.
* Jangan menjadi pak turut sehingga menggelapkan kebenaran yang sepatutnya diperjuangkan. Apabila kezaliman telah memenuhi mukabumi, menjadi fardhu ain kepada setiap orang membuat REFORMASI bagi menegakkan keadilan.

Sunday, July 26, 2009

INFLUENZA h1N1...

SALAM WBKT...
KEHADAPAN SEMUA WARGA IPGM IK. UNTUK MAKLUMAN HADIRIN SEKALIAN, IPGM IK TELAH DIARAHKAN TUTUP OLEH KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) ATAS PENULARAN WABAK SELSEMA BABI (H1N1) BERMULA PADA 24 JULAI 2009 SEHINGGA 31 JULAI 2009. OLEH ITU, SEMUA WARGA IPGM TELAH DIBENARKAN PULANG KERUMAH MASING-MASING PADA HARI BERKENAAN JUGA.

SEDIKIT LAPORAN YANG DIKETAHUI...
- SERAMAI 114 ORANG TELAH DIKUARANTIN DI DEWAN SEMINAR PADA 24 JULAI 2009 KERANA DISYAKI.

- SERAMAI 9 ORANG TELAH DIBAWA KE KELINIK UNTUK DIAMBIL SAMPEL DARAH

- LAPORAN TERKINI, 1 POSITIF.


MAKLUMBALAS PENUTUPAN IPGM IK SELAMA SEMINGGU:

1) "bnyak program yang sedang dilaksaanakan terpaksa dibatalkan serta merta dan akan ditunda pada suatu tarikh yang belum diputuskan. antaranya : Perkhemahan Pendidikan jasmani(KAIZEN) dan kursus kejurulatihan Bolasepak (dibawah kelolaan Unit Gergo) " MR Z.

2) perancangan untuk program Pembangunan Insan (BPI) akan tergendala kerana cuti sminggu. (AJK PELAKSANA)

3) naik cuti nanti, kami terus ke perkhemahan unit beruniform peringkat zon tengah. tanpa sebarang latihan dan perjumpaan. huhuhu (PISMP SEM 4)

4) "syukur, bley jumpa keluarga dan "settle" kan borang perjanjian"- PPISMP SEM 1

5) "syukur, sy bley rehat dirumah" - suspek H1n1 (yang dikuarantin didewan kuliah)

KEPUTUSAN RASMI PILIHANRAYA JPP IPGM IK SESI 2009/2011




YDP JPP :
KAMARUL SYUKRI KAMARUZAMAN (PISMP G 4.1)

NAIB YDP :
MUHAMMAD HAFIZUL B. MOHAMAD BAZLI (PISMP G2.9)

SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT (SUAK):
AHMAD NAZIMI IZZAD BIN MAT ADAM (PISMP G 4.1)

NAIB SUAK :
HIDAYATI KASMURI (PISMP G 2.9)

BENDAHARI AGUNG KEHORMAT :
WAN NORDIYANA (PISMP G 2.1) vs

PENGERUSI BIRO PENERBITAN : MOHD HUZAIFI BIN SULAIMAN (PISMP G 2.4)

NAIB PENGERUSI BIRO PENERBITAN :
NOR FATIN BINTI SATAR

PENGERUSI BIRO PENGANGKUTAN :
SAIFUL AZAM KHOO BIN ABDULLAH

NAIB BIRO PENGANGKUTAN :
BADRUL HISYAM BIN MOHD YAHYA

PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL (KEBSO) :
SYARMEEZE BIN MOHD RASYID

NAIB PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL (KEBSO) :
MUHAMMAD FARHAD UZAIR BIN BAHARUDDIN


PENGERUSI BIRO KEDIAMAN :
AMIR AMJAD BIN ARIFFIN


NAIB PENGERUSI BIRO KEDIAMAN :
NORAINI BINTI AZIZ

PENGERUSI BIRO MAKANAN : SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN

NAIB BIRO MAKANAN : ELLA FARINI BINTI MOHAMED

PENGERUSI BIRO LUAR KAMPUS :
MOHD HAIRI BIN MD AMZAN

NAIB PENGERUSI BIRO LUAR KAMPUS :
MUHAMMAD AIZAT BIN AIMAN

PENGERUSI BIRO SUKAN :
AFANDI ARIEF BIN AMRU

NAIB PENGERUSI BIRO SUKAN :
MOHD NAZRI BIN BIN MAT IRANI

PENGERUSI BIRO EKONOMI :
ABU HALIFAH BIN IBRAHIM

NAIB PENGERUSI BIRO EKONOMI :
UKASYAH BIN DZUL BAHAK

PENGERUSI BIRO SIARAYA DAN MULTIMEDIA :
SYED MOHD THAYYIB BIN SYED OMAR

NAIB BIRO SIARAYA DAN MULTIMEDIA :
NOOR AMIRAH BINTI AHMAD AMIRUDDIN

PENGERUSI BIRO KEROHANIAN :
MUHAMMAD AIZUDDIN B. FADZIYA

NAIB PENGERUSI BIRO KEROHANIAN :
MARZIAH BINTI MOHD SAAD

Sunday, July 12, 2009

PILIHANRAYA KAMPUS JPP IPGM IK SESI 2009/2011




PROSES PILIHANRAYA JPP IPGM IK TELAH MULA DILAKSANAKAN OLEH JAWATANKUASA PILIHANRAYA (JPR) IPGM IK YANG DI PENGERUSIKAN OLEH ENCIK ADAM PRAKASH DAN TIMBALANNYA - ENCIK DAHALAN. BERIKUT MERUPAKAN CATATAN SEPANJANG PROSES PILIHANRAYA INI BERLAKU.

CARTA ALIR PE;AKSANAAN PILIHANRAYA JPP 2009/2011 IPGM KIK

29 JUN 2009 (ISNIN) - BORANG PENCALONAN DIKELUARKAN
- borang pencalonan bagi jawatan2 yang dipertandingkan tidak banyak yang diambil pencadang2 bagi calon2 yg bertanding.
- tp pada hari khamis dan jumaat, semua borang telah habis.

9 JULAI 2009 (KHAMIS)- TARIKH TUTUP PENCALONAN
- borang 2 pencalonan mula dihantar ke HEP.

10 JULAI 2009 (JUMAAT)- PENGUMUMAN CALON YANG LAYAK
- BANTAHAN telah dibuat oleh pencadang bagi calon HIDAYATI KASMURI kerana JPR telah meletakkan HIDAYATI KASMURI pada jawatan BENDAHARI AGUNG KEHORMAT, sedangkan HIDAYATI KASMURI telah dicalonkan bagi jawatan NAIB S/U AGUNG KEHORMAT.
- bantahan diterima dan JPR menjelaskan bahawa terdapat kesilapan "typing error".
- pukul 3.00 petang, taklimat dan pengumuman calon telah diadakan di cafetaria. berikut adalah hasil taklimat dan pengumuman calon :

YDP JPP : KAMARUL SYUKRI KAMARUZAMAN (PISMP G 4.1) - MENANG TANPA BERTANDING

NAIB YDP : MUHAMMAD HAFIZUL B. MOHAMAD BAZLI (PISMP G2.9) VS MOHAMMAD HAZZIM BIN SUAHIMI (PISMP G 2.5)

SETIAUSAHA AGUNG KEHORMAT (SUAK): AHMAD NAZIMI IZZAD BIN MAT ADAM (PISMP G 4.1)- MENANG TANPA BERTANDING

NAIB SUAK : PERTANDINGAN 4 PENJURU
NURUL ADDINA (PPISMP J 3.6) vs
MALATHI A/P RAMAKASNA (PISMP G 4.3) vs
SAIFUL AZAM KHOO (PISMP G 4.5) vs
HIDAYATI KASMURI (PISMP G 2.9)

BENDAHARI AGUNG KEHORMAT : PERTANDINGAN 3 PENJURU
WAN NORDIYANA (PISMP G 2.1) vs
MUHAMMAD HAFIZUL (PISMP G 2.9) VS
RAJA MUHAMMAD AZLAN (PISMP G 4.1)

PENGERUSI BIRO PENERBITAN : MOHD HUZAIFI BIN SULAIMAN (PISMP G 2.4) - MENANG TANPA BERTANDING.

NAIB PENGERUSI BIRO PENERBITAN : PERTANDINGAN 1 VS 1
MOHD SAFUAN B MOHD IDRIS
NOER FATIN BINTI SATAR

PENGERUSI BIRO PENGANGKUTAN :PERTANDINGAN 1 VS 1
SAIFUL AZAM KHOO BIN ABDULLAH
ABU BAKAR NAIM BIN JAMIL

NAIB BIRO PENGANGKUTAN :BADRUL HISYAM BIN MOHD YAHYA ( MENANG TANPA BERTANDING)

PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL (KEBSO) : PERTANDINGAN 3 PENJURU
SYARMEEZE BIN MOHD RASYID
NURUL ADDINA BINTI RASHID
RAFIDAH BINTI RASHIDI

NAIB PENGERUSI BIRO KEBAJIKAN DAN SOSIAL (KEBSO) :PERTANDINGAN 1 VS 1
MUHAMMAD FARHAD UZAIR BIN BAHARUDDIN
SURENTHAR SAHOTHARAN

PENGERUSI BIRO KEDIAMAN : PERTANDINGAN 1 VS 1
AMIR AMJAD BIN ARIFFIN
MOHD HAZZIM BIN SUAHMI

NAIB PENGERUSI BIRO KEDIAMAN : PERTANDINGAN 1 VS 1
NURUL IRYANA BINTI SAMSUDDIN
NORAINI BINTI AZIZ

PENGERUSI BIRO MAKANAN : SITI KHALILAH BINTI ABDUL RAHMAN( MENANG TANPA BERTANDING)

NAIB BIRO MAKANAN : ELLA FARINI BINTI MOHAMED ( MENANG TANPA BERTANDING)

PENGERUSI BIRO LUAR KAMPUS : MOHD HAIRI BIN MD AMZAN ( MENANG TANPA BERTANDING)

NAIB PENGERUSI BIRO LUAR KAMPUS : pERTANDINGAN 1 VS 1
MOHD HAFIZ BIN MUHAMMAD
MUHAMMAD AIZAT BIN AIMAN

PENGERUSI BIRO SUKAN : AFANDI ARIEF BIN AMRU ( MENANG TANPA BERTANDING)

NAIB PENGERUSI BIRO SUKAN : MOHD NAZRI BIN BIN MAT IRANI ( MENANG TANPA BERTANDING)

PENGERUSI BIRO EKONOMI : ABU HALIFAH BIN IBRAHIM ( MENANG TANPA BERTANDING)

NAIB PENGERUSI BIRO EKONOMI : UKASYAH BIN DZUL BAHAK ( MENANG TANPA BERTANDING)

PENGERUSI BIRO SIARAYA DAN MULTIMEDIA : SYED MOHD THAYYIB BIN SYED OMAR ( MENANG TANPA BERTANDING)

NAIB BIRO SIARAYA DAN MULTIMEDIA : PERTANDINGAN 1 VS 1
KIRHEBA MURUGAN KRAHNAN
NOOR AMIRAH BINTI AHMAD AMIRUDDIN

PENGERUSI BIRO KEROHANIAN : PERTANDINGAN 1 VS 1
MOHD NORAZMI BIN NORDIN
MUHAMMAD AIZUDDIN B. FADZIYA

NAIB PENGERUSI BIRO KEROHANIAN : MARZIAH BINTI MOHD SAAD (MENANG TANPA BERTANDING)

Wednesday, July 1, 2009

KEM KEPIMPINAN BESTARI JAWATANKUASA PGPI SESI 2008/2009


KURSUS KEPIMPINAN BESTARI JAWATANKUASA PERSATUAN GURU PELATIH ISLAM (PGPI)IPGM KAMPUS ILMU KHAS AKAN DIADAKAN PADA 3-5 JULAI 2009 (JUMAAT-AHAD). KURSUS SEBEGINI MERUPAKAN JULUNG KALI DIADAKAN DI LUAR KAWASAN IPGM YANG MANA KURSUS PADA KALI INI DIADAKAN DI PUSAT BELIA DAN SUKAN, KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN KAWASAN PARLIMEN BANDAR TUN RAZAK DI KAMPUNG PANDAN. KUALA LUMPUR. KURSUS KEPIMPINAN BESTARI INI MERUPAKAN PROGRAM KERJASAMA PGPI, JAPIM DAN KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN WPKL. DIHARAPKAN SEMUA PESERTA DAPAT MEMANFAATKAN PROGRAM YANG AKAN DISERTAI DAN MENDAPAT INPUT YANG MAKSIMUM KEARAH PEMBENTUKAN DAE'I YANG ISTIQAMAH DAN BERILMU DI KALANGAN GURU PELATIH BAGI MEREALISASIKAN MISI DAN VISI PGPI. [^_____^]

Sunday, June 28, 2009

SALAM BERSUA KEMBALI - LAWATAN ASPIRASI JPP IPGM KAMPUS PEREMPUAN MELAYU MELAKA KE IPGM KAMPUS ILMU KHAS

pada 27 Jun 2009,satu pertemuan muhibbah antara barisan pemimpin pelajar IPGM KMP dan IPGM IK telah berlansung. peerjumpaan selama dua jam ini memberikan banyak pendedahan dan perkongsian maklumat antara kedua-dua barisan JPP IPGM. bagi perbincangan portfolio biro kerohanian JPP IPGMIK dengan biro Dakwah dan Agama IPGM KPM, kami telah berkongsi banyak pengalaman dan perancangan aktiviti bagi kampus masing2. sepanjang perbincangan dengan saudari Rahmah (pengerusi BDA), banyak perkara yang menarik perhatian kami. antaranya, penyusunan aktiviti tahunan dan mingguan Balai Islam saidatina Aisyah. setiap hari pelbagai aktiviti telah direncanakan. malahan smbutan dan kehadiran jemaah amat ramai berbanding dengan jemaah di IPGM IK. tapi mungkin faktor kawalan masuk ke kolej kediaman yang yang mendorong kehadiran jemaah disana. mana tidaknya, di IPGM KPM, waktu masuk ke kolej kediaman adalah pada pukul 7 MALAM. berbanding IPGM IK, pada pukul 11 malam bg Lelaki dan 10.30 malam bg perempuan. tp ini semua atas kekuatan individu dan jemaah terutama pemimpin pelajar (kami la tuh...,apa yang penting adalah nasihat yang berterusan. jadilah kita seperti seperti adik beradik, yang saling sayang menyayangi antara satu sama lain, saling tegur mnegur antara sesama kita.

Sunday, February 22, 2009

Keutamaan dan Adab Masjid Nabawi





"Keutamaan dan Adab Masjid Nabawi Rasulullah(s. a.w) membangun masjidnya berdasarkan asas taqwa; "Solat di Masjidku ini lebih utama(afdlol) 1000 kali daripada solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram" (HR. Bukhari; Shahih Bukhari no. 1190)


Bagi para penziarah Masjid Nabawi hendaknya memelihara adab ketika memasukinya.
Iaitu;


1) Masuk dengan kaki kanan sambil berdoa.

2) Tidak duduk di pintu masuk dan menghalang jalan.

3) Solat tahiyatul masjid di Raudhah atau tempat lain di dalam masjid.

4) Tidak melangkah atau melanggar jamaah lain.

5) Memberi salam kepada Rasulullah(s. a.w) dan dua orang sahabatnya.

6) Tidak bersesak-sesak ketika keluar atau masuk.

7) Tidak meninggikan suara ketika bercakap.




Pembangunan Masjid Nabawi


Berikut adalah informasi mengenai Masjid Nabawi:

1) Nabi(s.a.w) - Keluasan masjid 50m X 50m dan tinggi 3.5m

2) Umar(17H) - Memperluas ruangan di sebelah selatan 5m, barat 10m dan utara 15m serta membuka Babussalam dan Babunnisa, tinggi 5.5m.

3) Utsman(29H) - Memperluas lagi ruang di sebelah selatan 5m, barat 5m dan utara 5m.

4) Al Walid Al Umawy(91H) - Memperluas ruangan di sebelah barat 10m, dan tiga ruangan di sebelah timur 15m dan utara. Membangunkan dua bumbung, mihrab dan 4 menara serta membuka 20 pintu masuk.

5) Al Mahdi(165H) - Memperluas dibahagian utara sahaja. menetapkan kembali 20 pintu masuk yang sedia ada. Membangunkan Maqshurah di shaff awal.(Maqshurah ialah ruangan di bahagian depan masjid yang digunakan untuk membawa jenazah masuk untuk disolatkan)

6) Qayit Bay(888H) - Memperluas 1.12m di belakang maqshurah sebelah timur, meninggikan bumbung menjadi 11m, menbangunkan 2 kubah di atas makam Rasulullah(s.a.w) dan memasang pagar sekitar makam Nabi.

7) Abdul Majid Al Utsmany(1277H) - Memperluas halaman di belakang maqshurah 2.62m di sebelah timur dan membuat kubah-kubah dari batu di atas bumbung yang dihiasi dengan ukiran. Bahagian selatan masjid masih tetap seperti asal. Keluasan 4,056m persegi.

8) Raja Abdul Aziz(1372H) - Mempeluas masjid menjadi 6,024m persegi di bahagian timur, utara dan selatan. Tinggi bumbung 12.55m dengan jumlah 70juta SAR. Letaknya di sebelah utara bangunan Al-Majid.

9) Raja Fahd(1414H) - Memperluaskan masjid menjadi 82,000m persegi yang meliputi bangunan-bangunan terdahulu. Inilah projek perluasan yang paling besar sepanjang sejarah Masjid Nabawi yang menelan belanja 72.2 bilion(SAR)

PROMO KURSUS PERKAHWINAN ISLAM..



SALAM ALAIK...

PERHATIAN KEPADA SAHABAT2 YANG BERMINAT UNTUK MENYERTAI KURSUS PERKAHWINAN ISLAM..
PENDAFTARAN KINI TELAH DIBUKA!!

Anjuran : Biro Kerohanian JPP, IPIK, Cheras.



Tarikh : 28 Feb & 1 Mac (2 hari berturut-turut)
Masa : 8am-6pm (1st day), 8am-1.30pm (2nd day)
Lokasi : Dewan Auditorium Blok TESL, IPIK, Cheras
Yuran : RM 70 (termasuk 2x srpn, 2x lunch, byrn pncrmh, pgsian fail, &sijil JAKIM- SAH SEPANJANG HAYAT!!)
Tarikh tutup pndftrn: 24 Feb 2009


Bagi yang tinggal berjauhan daripada IPIK, petempatan sementara boleh dirunding.

HUBUNGI : -Ahmad Nazimi Izzad (013-3612035) -Mutmainnah (013-3935912)

ALLAH YUSAHHIL LANA!
TABARAKALLAH!

UBAT DARI SUMBER BABI TERDAPAT DI PASARAN MALAYSIA

Assalamualaikum,

Senarai ubat yang berada dipasaran Malaysia dijual dengan meluasnya dan
mendapat sambutan yang amat menggalakkan.
No. Nama ubat/Kegunaan/ Vendor diMalaysia

1. Kenalog in orabase Ulcer mulut Diethelm oral paste
2. Drixoral (tablet) Selsema Zuellig Pharma
3. Clexane (injection) Mencairkan darah Diethelm
4. Fraxiparine (injection) Mencairkan darah Zuellig Pharma


Nama saintifik babi ialah Porcine.

Diharap saudara Islam kita
berhati-hati serta tanya doktor atau pharmacist ubat yang akan disuntik (inject) ke
dalam tubuh kita atau yang kita beli dikedai serta baca apa campuran
kandungan yang ada dalam ubat tersebut.. Kalau ada senarai yang lain ... akan
diberitahu secepat mungkin.

Wallahu'alam

P/S:tolong edarkan maklumat ini kpd rakan dan umat islam sekalian..

Masfiza bt. Abdul Hamid
Penolong Pengarah
Bahagian Pembangunan Organisasi & Teknologi
Maklumat(POTM)
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Kementerian Kesihatan Malaysia
03-79573611 samb. 223

Monday, February 2, 2009

Church terbesar sedang dibina...careful dear friends!!

Kepada saudara dan saudari se-Islam denganku…….
Tahukah anda apa yang sedang rancak dibina di Bukit Jalil??

Ketahuilah bahawa Kristian di Malaysia sedang giat membina sebuah gereja yang dinamakan…..

The Calvary Convention Centre


The Calvary Convention Centre (CCC) is a unique convention centre that is dedicated to the pursuit of holistic activities.

These activities include the hosting of international, regional and national
conventions, banquets, seminars, musical and creative arts productions, as well as the provision of educational and vocational training, and spiritual development that aims to develop our nation's young, and people of all ages and from all walks of life into useful and exemplary citizens of Malaysia.

The CCC, when completed, will be a 6-storey multiplex, comprising of a 5,000 seat auditorium and an educational and training annex, with a total built up area of about 600,000 sq. ft. It will have facilities that are unique and dedicated to enhancing the convention and educational requirements.

The CCC is a non-profit project that is being developed by Calvary Church in line with the principles of the Rukun Negara, i.e. to inculcate spiritual values, right morals, good behaviour, social and civil responsibility.


DIMANA IA DIBINA???

The Calvary Convention Centre is located on a 4.9 acre piece of land within the identified International Zone at Bukit Jalil, in the southern part of Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur . It is surrounded by parks and established institutions and is accessible by an excellent network of highways.
TAK PERCAYA?? RUJUK WEBSITE MEREKA!

http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html dan http://www.calvary.org.my/

p/s..maaf,gambar2 tidakdapat disertakan kerana terdapat masalah teknikal.


PERSOALAN:
1. sudah bersediakah kita dengan ilmu Al-Quran untuk menghadapi dakyah mereka??
2. cukupkah didikan agama pada anak2 kita??




Wallahu alam…..
Maka dari skarang…..
Carilah ilmu akhirat – jika belum bermula
Ajarkan kepada yang jahil – bagi yang berilmu…….

Ya Allah, selamatkan kami dari segala yang tipu daya dan janganlah Kau palingkan hati kami setelah Kau memberikan kami petunjuk…..
Amin Ya Rabbal A'lamin………..
Sumber: http://www.calvary.org.my/CCC/ccc_intro.html dan http://www.calvary.org.my/