Sunday, February 22, 2009

Keutamaan dan Adab Masjid Nabawi





"Keutamaan dan Adab Masjid Nabawi Rasulullah(s. a.w) membangun masjidnya berdasarkan asas taqwa; "Solat di Masjidku ini lebih utama(afdlol) 1000 kali daripada solat di tempat lain kecuali di Masjidil Haram" (HR. Bukhari; Shahih Bukhari no. 1190)


Bagi para penziarah Masjid Nabawi hendaknya memelihara adab ketika memasukinya.
Iaitu;


1) Masuk dengan kaki kanan sambil berdoa.

2) Tidak duduk di pintu masuk dan menghalang jalan.

3) Solat tahiyatul masjid di Raudhah atau tempat lain di dalam masjid.

4) Tidak melangkah atau melanggar jamaah lain.

5) Memberi salam kepada Rasulullah(s. a.w) dan dua orang sahabatnya.

6) Tidak bersesak-sesak ketika keluar atau masuk.

7) Tidak meninggikan suara ketika bercakap.




Pembangunan Masjid Nabawi


Berikut adalah informasi mengenai Masjid Nabawi:

1) Nabi(s.a.w) - Keluasan masjid 50m X 50m dan tinggi 3.5m

2) Umar(17H) - Memperluas ruangan di sebelah selatan 5m, barat 10m dan utara 15m serta membuka Babussalam dan Babunnisa, tinggi 5.5m.

3) Utsman(29H) - Memperluas lagi ruang di sebelah selatan 5m, barat 5m dan utara 5m.

4) Al Walid Al Umawy(91H) - Memperluas ruangan di sebelah barat 10m, dan tiga ruangan di sebelah timur 15m dan utara. Membangunkan dua bumbung, mihrab dan 4 menara serta membuka 20 pintu masuk.

5) Al Mahdi(165H) - Memperluas dibahagian utara sahaja. menetapkan kembali 20 pintu masuk yang sedia ada. Membangunkan Maqshurah di shaff awal.(Maqshurah ialah ruangan di bahagian depan masjid yang digunakan untuk membawa jenazah masuk untuk disolatkan)

6) Qayit Bay(888H) - Memperluas 1.12m di belakang maqshurah sebelah timur, meninggikan bumbung menjadi 11m, menbangunkan 2 kubah di atas makam Rasulullah(s.a.w) dan memasang pagar sekitar makam Nabi.

7) Abdul Majid Al Utsmany(1277H) - Memperluas halaman di belakang maqshurah 2.62m di sebelah timur dan membuat kubah-kubah dari batu di atas bumbung yang dihiasi dengan ukiran. Bahagian selatan masjid masih tetap seperti asal. Keluasan 4,056m persegi.

8) Raja Abdul Aziz(1372H) - Mempeluas masjid menjadi 6,024m persegi di bahagian timur, utara dan selatan. Tinggi bumbung 12.55m dengan jumlah 70juta SAR. Letaknya di sebelah utara bangunan Al-Majid.

9) Raja Fahd(1414H) - Memperluaskan masjid menjadi 82,000m persegi yang meliputi bangunan-bangunan terdahulu. Inilah projek perluasan yang paling besar sepanjang sejarah Masjid Nabawi yang menelan belanja 72.2 bilion(SAR)

No comments:

Post a Comment